Malaysia

Selamat Datang ke Davy Jones Locker Dive Resort, Koh Lipe, ThailandMalaysia-Koh Lipe

DJL Diving adalah 5-bintang PADI Scuba Diving Resort yang terletak di pantai Pattaya di pulau tropika Koh Lipe, pantai barat Thailand. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1995. DJL Diving mempunyai reputasi yang sangat cemerlang dalam mengendalikan kursus menyelam organisasi PADI, dikendalikan dalam kumpulan yang kecil dan pada harga yang kompetitif. Tenaga pengajar yang berpengalaman di DJL Diving boleh mengajar dalam pelbagai bahasa. DJL menawarkan “penginapan percuma” di bilik hostel kami untuk semua tetamu yang mengambil kursus PADI. Terdapat juga bilik-bilik hotel mewah boleh didapati dengan harga diskaun bagi penyelam yang ingin privasi. Davy Jones Locker juga menjalankan Dive Internships bagi mereka yang ingin mencari kerjaya baru dalam industri menyelam.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila emel kami ke : info@divekohlipe.com

 

Kursus menyelam PADI, Koh Lipe

Sila pilih kursus menyelam PADI anda…

Discover Scuba Diving – 1⁄2 hari, 1 Beach Dive – 2,500 THB (atau 3,500 THB untuk 2 dives)

PADI Open Water – 4 hari, 2 Beach Dives, 2 Boat Dives – 13,500 THB. TERMASUK penginapan percuma selama 4 malam di bilik hostel kami.

PADI Advanced Open Water – 2 hari, 5 Boat Dives – 11,000 THB. TERMASUK penginapan percuma selama 2 malam di bilik hostel kami.

PADI Recue Diver & EFR – EFR 1 hari, Rescue Diver 2-3 hari – 17,000 THB. TERMASUK penginapan percuma selama 3 malam di bilik hostel kami.

PADI Divemaster – 4 minggu, Unlimited Diving – 37,000 THB (termasuk divemaster pek) Tidak termasuk bilik penginapan tetapi boleh diatur jika perlu.

PADI Divemaster Internship – 4-8 minggu, bergantung pada lessen anda yang sedia ada, Unlimited Diving
Termasuk penginapan percuma selama 4-8 minggu

PADI Instructor boleh dibuat di PADI 5-Star IDC dive resort kami di Koh Tao. Klik disini untuk butiran selanjutnya.

Masa yang terhad?

Anda boleh mengambil teori menyelam dahulu sebelum datang ke Koh Lipe. Ini menjimatkan masa percutian anda! Kami boleh mengurangkan harga kursus dan boleh menjimatkan 1 hari masa anda di dalam kelas. Klik link di bawah untuk memulakan kursus anda…

 

Fun Diving, Koh Lipe

Fun diving boleh didapati menyelam dari bot untuk tetamu yang sudah mempunyai kelayakan lesen menyelam. PADI Divemaster, semua kelengkapan alat menyelam dan hidangan ringan termasuk di dalam harga kami.

10% diskaun diberikan kepada tetamu yang mempunyai alat menyelam kepunyaan sendiri.

Day Trip

  • 1 Beach Dive – 1,800 THB
  • 2 Boat Dives – 2,800 THB
  • 1 Beach & 2 Boat Dives – 3,500 THB
  • Single Night or Wreck Dive – 2,000 THB

Pakej Menyelam

  • 2 hari – 4 Boat Dives – 5,000 THB (termasuk bilik penginapan untuk 1 malam)
  • 2-3 hari – 6 Boat Dives – 7,000 THB (termasuk bilik penginapan untuk 2 malam)
  • 4-5 hari – 10 Boat Dives – 11,500 THB (termasuk bilik penginapan untuk 4 malam)
  • 1 minggu – 14 Boat Dives – 16,000 THB (termasuk bilik penginapan untuk 6 malam)
Penginapan percuma untuk pakej menyelam adalah di hostel kami. Kami juga menyediakan bilik hotel dengan harga diskaun untuk tetamu yang menyelam. Bilik hostel kami boleh didapati pada harga 300 THB semalam untuk tetamu yang membuat dive trip.Semua tetamu yang menyelam dikehendaki menunjukkan lesen kelayan menyelam sebelum menyelam bersama Davy Jones Locker.

Bilik Penginapan, Pantai Pattaya, Koh Lipe

Davy Jones Locker Resort terletak di kawasan yang sunyi di hujung pantai Pattaya di Koh Lipe. DJL Resort mempunyai pelbagai jenis bilik penginapan dari bilik hostel ke bilik mewah. Kami juga boleh menyediakan bilik penginapan sama ada anda menyelam atau tidak. Semua bilik penginapan kami terdapat dengan harga diskaun untuk tetamu yang mengambil kursus menyelam dan percuma jika menginap di bilik hostel.
High Season: 15th Nov – 14th Dec
Peak Season: 15th Dec – 28th Feb
High Season: 1st Mar – 30th Apr
Low Season: 1st May – 14th Nov

8 Bed Mixed Dormitory

  • Large bunk beds
  • Air-conditioning
  • Security lockers
  • Shared bathroom with hot shower
  • Free wifi
  • Beach location

Harga untuk tetamu yang menyelam:

  • Percuma untuk kursus menyelam PADI
  • 300 THB semalam untuk Fun Divers

Harga untuk tetamu biasa:

  • PEAK: 500 THB semalam
  • HIGH: 400 THB semalam
  • LOW: 300 THB semalam

Bilik hostel boleh ditempah secara online di; www.kohlipebackpackers.com

 

Standard Double Hotel Room

  • 1 Double bed
  • Electric Wall Fan
  • Private Bathroom with hot shower
  • Free wifi
  • Satellite TV & DVD player
  • Beach Location

Harga untuk tetamu yang menyelam:

  • 1,000 THB semalam untuk kursus menyelam PADI
  • 1,500 THB semalam untuk Fun Divers

Harga untuk tetamu biasa:

  • PEAK: 2,000 THB semalam
  • HIGH: 1,500 THB semalam
  • LOW: 1,000 THB semalam

 

Deluxe Double Hotel Room

  • 1 Double Bed
  • Air-conditioning
  • Electric fan
  • Private Bathroom with hot shower
  • Free wifi
  • Satellite TV & DVD Player
  • Beach Location

Harga untuk tetamu yang menyelam:

  • 2,500 THB semalam untuk kursus menyelam
  • PADI 3,000 THB semalam untuk Fun Divers

Harga untuk tetamu biasa:

  • PEAK: 3,500 THB semalam
  • HIGH: 3,000 THB semalam
  • LOW: 2,500 THB semalam

 

Superior Double Hotel Room (Sea View)

  • 1 Double Bed
  • Air-conditioning
  • Electric fan
  • Private bathroom with hot shower
  • Free wifi
  • Satellite TV & DVD player
  • Private balcony overlooking Pattaya Beach
  • Beach location with unrestricted sea views!

Harga untuk tetamu yang menyelam:

  • 3,500 THB untuk kursus menyelamPADI
  • 4,000 THB untuk Fun Divers

Harga untuk tetamu biasa:

  • PEAK: 4,500 THB semalam
  • HIGH: 4,000 THB semalam
  • LOW: 3,500 THB semalam

PADI Divemaster Internship, Koh Tao & Koh Lipe

Jika anda hendak cabaran baru atau mencari kerjaya baru, anda datang pada tempat yang betul! Cuba bayangkan anda tinggal di pulau tropika dan berkerja sebagai PADI Divemaster di Koh Tao ataupun Koh Lipe!

Di DJL Diving, kami menawarkan PADI Divemaster Internship di dua tempat iaitu di Koh Tao (pantai timur) dan di Koh Lipe (pantai barat), antara dua pulau yang menarik untuk aktiviti menyelam di Thailand

Pengalaman internship menyelam yang unik ini bermula di Koh Tao dimana anda akan dilatih dari peringkat permulaan sampai ke peringkat PADI Divemaster dalam masa 5 minggu. Kami akan memberi semua keperluan seperti buku-buku teori PADI, bilik penginapan, unlimited diving dan set kelengkapan alat menyelam kepunyaan anda.

Setelah anda mempunyai selaman yang cukup dan telah bersedia, anda akan dihantar ke Koh Lipe untuk cabaran yang baru. Disini anda akan belajar membaca arus, belajar bagaimana mengendalikan dive centre dan meneroka tempat selaman yang baru. Ini akan mengambil masa 3 minggu di Koh Lipe sebelum anda mendapat kelayakan PADI Divemaster.

Pakej internship kami di DJL memastikan anda akan mempunyai pengalaman yang maksimum, sebelum anda memulakan kerjaya baru sebagai profesional PADI Divemaster.

Ini adalah apa yang dimasukkan di dalam pakej internship…

* Kursus menyelam PADI termasuk semua buku-buku teori dan yuran,

  • PADI Open Water (Koh Tao)
  • PADI Advanced Open Water (Koh Tao)
  • Emergency First Responder (Koh Tao)
  • PADI Rescue Diver (Koh Tao)
  • PADI Divemaster (Koh Tao & Koh Lipe)

Set kelengkapan alat menyelam (kepunyaan anda)

  • Diving mask
  • Snorkel
  • Complete regulator set
  • Buoyancy control device (BCD)
  • Dive Knife
  • Safety Marker Buoy
  • Wetsuit Boots
  • Professional Diving Fins
  • Gear Bag

* Bilik penginapan selama 5 minggu di Koh Tao

* Bilik penginapan selama 3 minggu di Koh Lipe
* Ticket feri, bas & mini-bas antara dua pulau
* Unlimited diving sepanjang internship
* Pengalaman bekerja sebagai PADI Divemaster
* Job Placement Scheme – Kami sentiasa mencari anda kerja sebagai Divemaster Full Sponsorship untuk mendapatkan anda Visa Thai
* Menyelam secara percuma untuk seumur hidup di DJL, Koh Tao!
Harga PADI Divemaster Insternship ini adalah 140,000 THB
Jika anda sudah mempunyai kelayakan lesen menyelam, kami akan memberi diskaun;
Sudah mempunyai PADI Open Water? Diskaun sebanyak 9,000 THB
Sudah mempunyai PADI Advanced Open Water? Diskaun sebanyak 17,000 THB
Sudah mempunyai PADI Rescue Diver? Diskaun sebanyak 29,000 THB

Koh Lipe

Koh Lipe terkenal dengan aktiviti menyelam , snorkeling, pantai yang cantik dan mempunyai suasana yang aman untuk bersantai.

Koh Lipe adalah pulau tropika yang kecil di laut Andaman yang terletak di sebelah barat daya Thailand berdekatan dengan sempadan Malaysia. Ia terletak di daerah Satun, berdekatan dengan pulau Langkawi (Malaysia) dan sejauh 38 batu dari darat Thailand. Koh Lipe adalah sebahagian dari Taman Negara Marin Tarutao, sebahagian besar lebih dari 70 pulau, dan sebahagian kecil dari pulau Butang atau Adang Archipelago.

Davy Jones Locker Diving terletak disebelah barat pantai Pattaya, bersebelahan Sita Beach Resort. Pantai Pattaya adalah pantai utama yang terlidung pasir yang putih, air laut yang jernih dan bagus untuk aktiviti snorkeling yang berdekatan dengan pantai. Selain itu, terdapat beberapa bar dan restoran di pantai dan di lorong Walking. Pada musim tinggi, anda akan sampai di pantai Pattaya di Koh Lipe.

Sesetengah pelacong memasuki Thailand melalui penerbangan ke Bangkok. Dari Bangkok terdapat pelbagai alternatif ke Koh Lipe. Anda juga boleh terbang ke Langkawi di Malaysia dan dapatkan feri dimana memakan masa sejam sahaja. Penerbangan ke Malaysia adalah murah dan tidak memerlukan visa di Malaysia. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi terdapat setiap hari.

Dari Bangkok; Cara yang paling cepat adalah mengambil penerbangan ke Hat Yai. Terdapat 3 atau 4 syarikat pernerbangan yang terbang ke Hat Yai. Thai Airways mempunyai banyak penerbangan harian dan harga tiket dalam 5,500 THB untuk pulang balik dari Bangkok. Nok Air, Thai Air Asia dan Orient Thai juga terbang ke Hat Yai dari Bangkok.

Dari Kuala Lumpur; Kebanyakan orang terbang dari Kuala Lumpur ke Langkawi. Firefly, Malaysian Airlines dan Air Asia terbang melalui laluan ini. Harga tiket pernebangan pulang balik boleh didapati semurah 3,000 THB melalui Air Asia jika ditempah terlebih dahulu. Feri dari Langkawi memakan masa sejam setengah ke Koh Lipe. Terdapat imigresen Thailand di Koh Lipe. Visa selama dua minggu diberikan setelah tiba melalui jalan laut dan visa selama 28 hari hanya diberikan melalui jalan udara.

Tiada teksi ke jeti Pak Bara dari lapangan terbang buat masa sekarang. Perkara terbaik adalah mengambil bas mini dari lapangan terbang ke stesen keretapi di Hat Yai dimana bas mini ke Pak Bara akan pergi. Kos tidak melebihi 80 THB seorang.

Keretapi